Home

Ads

Google Search powered by SpyMASTER

Sunday, November 14, 2010

Stress!!!!!


Stress oh stress..
Setiap manusia tak boleh dari stress.. Samaada stress yang berat ataupun ringan..
Apa itu stress??
Stress adalah istilah yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh,anxieti, kemurungan dan hilang daya.. Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya..

Berikut adalah 14 cara menangani stress yang saya dapat dari 'Uncle Google' :

1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, pasangan atau kaunselor.

2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.

3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.

4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.

5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.

6. Membentuk pengurusan masa yang baik.

7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.

11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.

12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.

13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.

14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.


Disini juga saya nak share video buat tontonan rakan2


I'm Back!!!! Yes I'm Back..


Salam diucapkan kepada rakan bloggers mau pun readers sekalian..
Telah sekian lama saya menyepikan diri dalam dunia blogger ni..
Almaklumlah saya terikat dengan kesibukan saya sebagai seorang pelajar..
Lebih2 lagi tak lama lagi saya dah nak abis study..
Tinggal satu sem je lagi.. Insyaallah..
Sementara saya sedang bercuti ni,saya akan mula aktif kembali sebelum saya memulakan sem akhir saya yang saya rasa lebih sibuk..
Harap rakan2 dapat support saya kembali ye.. TQ



Tuesday, August 3, 2010

Charity Ride @ Muar [KOM135]

Salam.. Pada entri ini,aku akan kongsikan tentang event yang baru sahaja berlalu pada 31 Julai 2010 yang lalu.. Ini lah event amal KOM135 yang pertama kalau tak silap.. Event ini telah dijayakan oleh 150 org ahli2 KOM135,Yamaha,Jabatan Agama Islam Johor,Polis Diraja Malaysia,pelatih2 kejururawatan dari Kolej Kejururawatan Muar,Belia Explorasi Muar dan juga adik2 dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam (PKAYIM).. Memang aku rasa bangga dapat join event ni.. Rasa seronok je.. Lebih2 lagi masa di rumah anak2 yatim tersebut,rasa gembira bila tengok adik2 kat situ senyum.. Diorang pun memang happening.. Sampaikan diorang tak bagi kami semua balik.. Ok.. Cerita baru sahaja nak bermula..hehe.. Pada 30/7/10,lebih kurang jam 9 malam,kami dari KOM135 Kluang telah berkumpul di Dataran Tasik Kluang.. Selepas kesemuanya sudah ada,kami ber TTS (Teh Tarik Session) di My Friend Cafe di bandar Kluang.. Lebih kurang pukul 11.30 malam,kami beredar dan bersiap2 untuk memulakan ride ke Muar dengan melalui highway.. Kami tiba di Tol Pagoh lebih kurang dalam pukul 1 pagi.. Di Muar plak kami telah tersesat akibat papan tanda yang mengelirukan.. Akhirnya kami mengambil keputusan supaya terus ke bandar Muar.. Di situ kami telah dijemput oleh Bro Feat (Leader KOM135 Muar).. Kami dibawa ke Masjid Tanjung Mas.. Untuk berehat2 di bilik musafir.. Pada pukul 7 pagi,kami telah digegarkan supaya bangun.. Ramai yang telah tewas akibat keletihan yang amat sangat.. Lebih kurang dalam pukul 7.45 pagi,kami semua berkumpul di Dataran Tanjung Mas.. Disitu kawan2 dari KOM135 Zon Tengah,Melaka,Muar,Ledang dan Batu Pahat sudah berkumpul.. Kami bersalam-salaman, diberi taklimat dan dibawa ke Taman Siantan untuk melakukan aktiviti yang pertama.. Tidak lama selepas kami tiba,2 buah bas yang membawa pelatih jururawat dari Kolej Kejururawatan Muar pun tiba.. Kegembiraan di wajah rakan2 KOM135 jelas terpancar.. hahaha.. Aktiviti pada pagi itu dimulakan dengan sedikit senaman pagi.. haha.. Aku tak buat pun.. Aku tengok je..huhu.. Selepas itu gotong royong dimulakan,setelah semua group siap bergotong royong.. Kami semua meneruskan perjalanan pula ke Masjid At-Taqwa.. Disitu kami bergotong royong lagi membersihkan masjid tersebut.. Dan sedikit cenderamata diberikan kepada Imam masjid tersebut... Kemudian kami menuju pula ke Tanah perkuburan Islam (nama tempatnya terlupa),disitu kami juga bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan tersebut dan mengecat batu2 nisan yang telah lusuh warnanya.. Selepas itu kami menuju pula ke Asrama puteri PKAYIM,disini tak banyak yang kami boleh buat kerana kawasan tersebut telah dibersihkan.. Apa yang dilakukan disitu hanya lah beramah mesra dengan adik2 disitu,beriadah dan aktiviti bergambar.. Kami juga telah mengumpul sedikit sumbangan yang tidak seberapa untuk di berikan kepada rumah anak yatim tersebut.. Walaupun tak banyak mana,sedikit sebanyak boleh membantu mereka.. Kami bergerak pulang dari rumah tersebut pada lebih kurang 6.45 petang dan menuju ke Masjid Tanjung Mas untuk aktiviti seterusnya.. Tapi kami semua terpaksa pulang awal selepas maghrib disebabkan hal2 tertentu.. Selepas itu kami menuju ke lebuhraya Plus untuk pulang ke Kluang.. Dalam perjalanan pulang,kami singgah berehat sebentar di Perhentian Pagoh..Kami tiba di Kluang lebih kurang pukul 11.40 mlm dan singgah minum2 sebentar di MyFriend Cafe sebelum pulang ke rumah masing2...















Yeah.. I win!!!

Salam to all readers.. Sudah lama aku tak mengupdate blog ni.. Maklum la busy sikit.. Semakin banyak kerja yang menimbun.. Sampaikan nak mengadap laptop pun tak sempat.. Sebenarnya entri ni ditujukan kepada Ms Green yang telah menganjurkan contest Hijau.. Aku saja cuba2 nasib try dan tak sangka dipilih sebagai pemenang.. Hadiah yang diberikan sangat2 besar bagi aku.. Sedikit sebanyak dapat gak menambah duit poket aku.. Dan disini juga aku mengucapkan tahniah kepada pemenang yang lain.. To Ms Green,really thanks k.. Semoga murah rezeki dan buat lagi contest2 macam ni lagi.. hehe

Thursday, July 29, 2010

Away for 3 days..

Aku akan berjauhan dari internet selama 3 hari bermula dari hari ini kerana aku akan balik to my hometown sebab aku akan attending event Charity Ride KOM135 @ Muar.. So,aku akan sangat2 sibuk.. Traffic confirm2 akan jatuh merudum akibat tak berblogwalking.. Aduyai.. Tapi takpe lah,bukan selalu pun.. Ok,nanti aku akan kongsikan tentang Charity Ride tu bila aku dah tak busy.. So,tunggu ye..

Tuesday, July 27, 2010

Contest : Lucky Draw by Shasha


Yeah!! Ini dia contest yg ke-4 aku join.. Aku memang suka join contest.. haha.. Cuba nasib.. Kot2 sangkut ke.. Lagipun apa yang cik shasha anjurkan ni adalah lucky draw.. So tak susah pun.. So jom ramai2 join dan support cik shasha punya blog..

2 orang rakan yang di tag :

Nice Monday.. hehe

Walaupun hari isnin adalah hari yang paling tak best bagi kebanyakan orang tetapi hari semalam berlainan pula bagi aku sebab aku dah tau apa yang aku nak buat sebagai penambahan pada projek robot aku.. hahaha.. Tiba2 aku rasa terlebih bersemangat plak.. Sebab setiap hari isnin aku akan berjumpa dengan lecturer yang supervise aku punya projek untuk membentangkan projek aku.. Dan sedikit sebanyak aku akan mendapat idea baru.. Mencipta robot ni adalah cita2 aku sejak aku kecil lagi.. So,sekarang ni lah masa untuk aku tunaikannya.. Btul tak kawan2??.. Ramai kawan2 yang support aku tetapi ada juga yang agak men"down" kan aku.. Tapi aku tak kisah pun.. Tak de hal lah.. Setakat dia bercakap " Asyik2 buat robot" apa lah sangat effect nya kat aku.. Kalau dia rasa dia dah hebat sangat.. Try la buat.. Sekadar cakap je apa guna.. Hahaha.. Alamak.. Aku ter emosi la plak.. Ok2 cool2.. Apa2 pun aku berharap sangat projek aku berjalan dengan lancar.. Yeah!!! Chaiyok2..

Friday, July 23, 2010

A Week With Full Of Challenge..

Salam.. Untuk entri kali ini, aku akan cerita tentang apa yang berlaku dalam minggu ni.. Tapi pada aku,nothing yang extraordinary berlaku.. Just same as the other week.. Minggu ni adalah minggu yang ke-5 aku berada dalam sem 5.. So,bila dah minggu ke-5 ni,paham2 je lah.. Assignment,quiz,lab report n many more konfirm2 banyak punya.. Pening woo kepala.. Tapi 2 suma biasa lah.. Adat sebagai student.. Tapi yang paling memeningkan kepala aku adalah my final project.. Untuk final project tu,this week sepatutnya aku dah kena buat perlaksanaan projek berdasarkan takwim yang telah diberikan by my lecturer.. Tapi lect 2,masih tak puas hati dengan aku punya projek,dia mintak supaya aku tambah lagi sensor pada projek aku tu.. Untuk pengetahuan,untuk final projek tu aku akan merekacipta sebuah robot.. Nak tau robot apa?? Tunggu bila dah siap nanti k.. Berbalik kepada hal sensor tadi,memang pening kepala aku nak fikirkannya.. So tiba2 aku teringat kat facebook,apa lagi aku terus taip kat status.. Then ada seorang bro ni bagi idea kat aku suruh tambah sensor cahaya,bluetooth dan temperature.. Memang terbaik la bro tu.. So aku pun discuss dengan my project partner dan dia pun setuju.. Tapi lect. tu,aku belum jumpa lagi.. Aku harap2 dia setuju la.. Ermm,aku rasa dia akan setuju punya la.. Sebab lect. yang supervise projek aku ni memang sempoi dan terbaik.. Aku punya proposal project simple je tapi dia approve dan dia kata aku dan partner aku tu dah tak payah fikirkan pasal proposal lagi sedangkan kawan2 aku yang lain masih bertungkus-lumus buat proposal.. hehe.. Really thanks to my lect. Apa2 pun doakan yang terbaik k untuk projek aku kawan2 semua.. Sepanjang minggu ni juga aku semakin aktif berblogwalking.. Aku sudah mula merasa keseronokan berblogging.. Dan dalam minggu ni juga ada la juga berlaku something pada my luvly motorcycle.. Tak serius pun tapi bila difikirkan memang kelakar.. hahaha.. Aku tak nak ceritakan.. Biarlah aku dan kawanku yang bersama2 dengan aku masa tu je yang tau.. hehe.. Ok,Ini sahajalah coretan aku untuk minggu ni.. Berjumpa lagi pada entri yang akan datang..

First time dapat award..


Salam.. Yeah!! Ini lah first award yang aku baru dapat sepanjang aku menceburi dunia blogger yang dianugerahkan oleh Cik Tom.. hehe .. Tak sangka ada juga orang yang nak bagi award kat aku walaupun blog aku ni x seberapa je.. Almaklum lah,aku ni blogger baru.. Masih nak menyesuaikan diri lagi dengan blogger dan banyak lagi yang aku tak tau.. Kepada yang otai2 dalam blogger ,bagi lah sedikit tunjuk ajar ye..hehe.. Apa2 pun,thanks sangat2 kepada Cik Tom ye.. TQ very much 4 the awards..

Tuesday, July 20, 2010

Contest Aku & Ray Bon !!!


Contest yang ke-3 aku join.. Aku mmg selalu pakai spek itam kalau tengahari lagi-lagi time konvoi.. Sebab aku ni kaki konvoi.. Pic ni di snap semasa aku sedang berkonvoi bersama-sama rakan-rakan KOM135.. Contest ni dianjurkan oleh Caer.. Ini link blog beliau http://caersasuke.blogspot.com


Ini dia pic yang nak dipertaruhkan.. hehe

2 rakan yang ditag :

Kepada yang berminat nak join contest ni,bleh klik disini..

Contest Ms.Green nak bagi duit..


Yeah.. Contest kedua yang aku join spanjang aku menceburi blogger.. hehe.. Saja je try nasib.. Contest ni dianjurkan oleh Ms Green.. Klik sini kalau nak tengok detail2 nya.. Ok, ni antara pic yg nak dipertandingkan yang dipenuhi dengan kehijauan.. Di snap dgn menggunakan Nokia N82 dan di touch up menggunakan Adobe Photoshop CS3..

LENSA BURUK, THE CONTEST

Tajuk foto : Feel The Nature
Model Telefon Bimbit : Nokia N82
Peserta : Zul
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana saya dapat menghayati hasil kerja seni anne dalam fotografi.. Gambar yang dikongsi sangat menarik dan mempunyai tarikan tersendiri dan ia pasti menarik minat sesiapa sahaja yang meminati fotografi..

5 rakan yang ditag :

Kepada kwn2 yg berminat,jom la join contest ni.. Klik je link ni http://annemohdyassin.blogspot.com/

Saturday, July 10, 2010

Nikon D90


Untuk entri yang ni aku ingin share tentang Nikon D90,siapa yang tak pernah dengar tentang benda alah ni.. Aku rasa korang mesti tau punya.. Pada aku D90 ni memang betul2 menarik.. Aku memang minat tapi yang tak best nya adalah harga nya.. Memang giler kentang.. Tapi takpe lah,mungkin belum ada rezeki untuk aku pakai.. Ok,aku tak nak cite meleweh2 lagi..
Berikut adalah spesifikasi mengenai Nikon D90 tersebut.. Sori ye.. Aku malas nak translate kan..hahaha



  • 12.9 megapixel DX-format CMOS sensor (effective pixels: 12.3 million)
  • 3.0-inch 920,000 pixel (VGA x 3 colors) TFT-LCD (same as D3 and D300)
  • Live View with contrast-detect AF, face detection
  • Image sensor cleaning (sensor shake)
  • Illuminated focus points
  • Movie capture at up to 1280 x 720 (720p) 24 fps with mono sound
  • IS0 200-3200 range (100-6400 expanded)
  • 4.5 frames per second continuous shooting (buffer: 7 RAW, 25 JPEG fine, 100 JPEG Normal)
  • Expeed image processing engine
  • 3D tracking AF (11 point)
  • Short startup time, viewfinder blackout and shutter lag
  • Slightly improved viewfinder (96% frame coverage)
  • Extensive in-camera retouching including raw development and straightening
  • Improved user interface
  • New optional compact GPS unit (fits on hot shoe)
  • Same battery and vertical grip as D80
  • Vignetting control in-camera
  • 72 thumbnail and calendar view in playback

Friday, July 9, 2010

9 July 2010



Yeah.. Hari yg sgt indah.. Hari ni kelas cuma 1 jam je.. Dri 9 a.m to 10 a.m.. Abis kelas je aku trus lincah kemas brg.. Mau blik kluang.. Aku cuma bwk blik laptop n raincoat je.. Maklum la.. Naik moto je.. Sebelum gerak 2,aku persiapkan sdikit jentera JKN kesayangan ku 2.. Tambah myak itam,spray rantai n check tayar.. Setel sume nye, jentera ku dihidupkan dan bersedia utk bertolak.. Aku bertolak lebih kurg dlm kul 11 a.m. Hantar mmbe sorg ni kat bustand masai dan shoot trus ke highway pasir gudang.. Stelah melalui liku2 perjalanan di highway yg mmg slalu jem.. Aku mula memasuki highway Plus.. Ape lgi trus pulas throttle smpi abis la..hahaha..Semasa di highway ni aku bergerak dgn bertemankan lgi 2 org kwn yg turut menggunakan jentera 135LC yg turut sme2 dlm KOM135.. Smpi sje di Tol Skudai,aku brcadang utk berhenti sekejap utk menyejukkan enjin dan mngisi myak.. Tetapi Burger King di sebelah Stesen Minyak Petronas tersebut btul2 menarik perhatian aku dan kwn2.. Ape lgi,smbil tggu enjin sejuk,pekena la satu set cheeseburger.. Mmg sedap.. Setelah perut sudah diisi,kami mula mnyusun langkah utk meneruskan perjalanan yg msih jauh.. Minyak sudah diisi dan aku terus bergerak.. Kami meneruskan perjalanan sehingga ke RnR Machap disebabkan salah seorg kwn ku ingin mengisi myak utk meneruskan perjalanan ke Perak.. Selesai mngisi myak,kami bersalam-salaman dan meneruskan perjalanan dan berpecah di Exit Tol Ayer Itam yg hanya beberapa kilometer shaja dri RnR Machap.. Keluar shaja dri Tol Ayer Itam aku dan lgi seorg kwn yg tggl trus mnuju ke Kluang dan kami berpecah di traffic light Tmn Intan.. Aku tiba di rumah lbih kurg pkul 1.30 p.m.. Menyimpan brg2 dan trus mnuju ke Masjid berhampiran rumah ku utk mnunaikan solat jumaat.. Alhamdulillah,solat bru je nk mula.. Nsib bek sempat smpi.. Klu tdak terlepas lgi la aku..Selepas abis mnunaikan solat,aku pulang ke rumah dan melepaskan segala kepenatan dgn tido di ruangtamu.. hahaha.. Mlm plak lbih kurg dlm kul 8.15 p.m,aku meroger kwn2 yg berada di Kluang utk diajak lepak minum bersama2 dan pulang ke rumah lbih kurg pkul 12.15 a.m dan trus tido..

Thursday, July 8, 2010

8 July 2010


08 July 2010

Today,perkara2 yg aku buat same as usual.. Abis kelas je blik umah.. Lepak umah.. Bosan je.. Then,dlm kul 3.30 ptg, tbe2 mmbe mintak tlg bwk die gi kedai kasut.. So layan je.. Ape ade hal.. Mmbe sndiri.. Dah setel sgala hal,mmbe pn dah dpt kasut baru,mse utk blik umah.. Smpi je kat umah.. Tgk my luvly JKN,kesian plak.. Kotor gile.. Dah lme x bsuh.. Dah alang2 mmber nk bsuh moto,aku pn ape lagi.. Join sekaki la.. Dlm pkul 6.15 ptg,siap sudah.. JKN ku kembali berkilat..hehe.. Dah siap 2,aku rse mcm nk ronda2 je kat tmn aku ni.. Amik angin la katakan.. hahaha.. So aku ajak la mmbe serumah aku ikut skali.. Smbil ronda2 2,ternampak pelangi.. Aku pn capture la pic.. Then tgk kat sebelah kanan plak sunset.. Awan pn nmpk cntik je.. So aku pn mmburu port2 yg cantik utk aku capture pic sunset.. Jmpe la jgak port yg baik.. Aku capture gmbar dlm 4 5 gambar n trus grak blik umah.. Pic nye aku share kat bwh.. Malam plak aku x kuar gi mne2 pn.. Duk umah je smbil siap kn assignment.. Dinner plak aku dpt satu resepi baru.. Telur masak ape ntah.. Aku main hembus je.. Tpi nsib bek sedap.. hahaha.. Ok.. Ini sahaja la post ni..




New Semester At Poli JB..

Yeah.. X sangka btul.. Dah sem 5 dah aku ni.. Tggl sem ni n sem 6 je utk ak struggle dpt kn pointer yg baik.. Rse mcm sekejap je.. Ble fkir2,mcm x puas plak study.. Insyaallah klu ade rezki,nk smbung degree plak.. Mybe nk lari dri elektronik.. nk try elektrik plak.. Amacam?? Ok x?? hehe.. Syok2.. Pada semester lpas telah aku merasa alam pekerjaan dgn menjalani latihan industri di Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd.. Mmg best praktikal kat sini.. Mcm2 gak yg aku blajar.. Psl kehidupan pn byk.. Semasa semester 2 gak,aku lenjan ride abis2 abisan.. Kaw2 pye.. Aku ride ke Cameron Highland,Perak,Port Dickson n byk lgi la.. Aku gak ade bwt event utk group KOM135 Kluang n aku invite kwn2 KOM135 yg len.. Mmg syok abis.. Duit pn abis.. hahaha.. Disini aku nk kongsi skit pic2 yg aku capture spnjang sem itu.. Aku upload skit je.. 3 4 keping je.. Malas nk upload byk2.. Pic nye beratus2.. Klu ade mse aku upload lgi.. Ok.. Utk sem ni plak,aku berazam nk study btul2.. Mau dpt pointer terbaik kaw2 pye.. Doakan aku ye kwn2..

Monday, May 10, 2010

Sadness comes by my side..

Hmmm..
Mlm 9 mei 2010..
Something came up..
That thing really2 made me feel very2 sad..
X tau nk ckp mcmner..
Hati rse mcm x best je..
Rse sedih 2 mcm menusuk2 je kat hati..
Even nk tdo pn x bleh..
But luckily ade gak org yg sudi dgr my prob..
Really2 thanks 2 sis bella,sis dayah n my friend mie coz willing to hear my prob..
So terubat la skit rse sedih 2..
Tpi xde lah smpi 100 % pn..
Still terasa lgi..
Perasaan ni mmg susah utk dilupakan..
Tpi xpe la.. Hope i will get more stronger..
Doakan supaya aku lebih tabah ye kawan2..

Wednesday, March 3, 2010

Sedikit pesanan bwt muslimin dan muslimat..

Assalamualaikum
Sekadar menyampaikan. ......

Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada
tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah
Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
'untukmu agamamu, untukku agamaku' .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...

Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya
.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra'.....!

Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind...
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

Setelah baca , forwardkan entri ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.
Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah.

Wednesday, February 24, 2010

Aku dan Motosikal..


Motorcycle is my passion.. X kire la Superbike ke, Kapcai ke,sume nye aku mnat asal kn dalam kategori motosikal.. Aku ni mmg gile moto.. Sehari aku x bwk moto,rse mcm x complete je sesuatu hari 2.. Macam ade benda yg x kena je.. Jdi dalam sehari 2 aku mesti kne ride moto,xksah la jauh ke dkat.. Jnji ade ride.. Tpi jangan salah faham plak.. Walaupun aku minat moto,aku ni bukan mat rempit ye.. Aku ni bleh dikire mat motor la.. Mat Rempit and Mat Motor ni banyak perbezaan sebenarnya.. Aku rasa korg sendiri pun tahu ape beza nya kn?? Jadi rsenye aku x perlu ceritakan perbezaan nya..Aku memiliki sebuah motosikal Yamaha 135LC.. Kalau x silap,dah 2 tahun lebih moto ni.. Aku memang sayang gile moto ni.. Moto ni ibarat awek aku.. Aku bercadang nak beli lagi sebiji moto Yamaha 135LC ni bile aku dah abis pengajian nnti.. Ble dah tercapai,bru aku akan memasang target untuk memiliki superbike plak.. Pastu bru cri kereta.. Kereta pn aku minat gak.. Tpi dalam entri kali ini,aku xkn cite psl kereta la.. Mgkin di entri yang akan datang aku akan cerita kn.. Ok,bersambung semula.. Semasa aku baru memiliki motosikal ni,aku mula mencari2 kelab2 motosikal yang mengumpulkan pemilik2 motosikal ini.. Banyak yang aku jumpa tapi x memenuhi citarasa aku sebab aktiviti diorg kebanyakan nye kearah gejala2 rempit.. Jadi aku terus mencari,sehingga lah aku jumpa KOM135 (Komuniti King Of Moped 135LC).. Event yg dianjurkan sgt superb.. Mmg best.. Memang terancang dan tersusun.. Bangga ble dpt ride beramai-ramai dengan kawan-kawan dari komuniti ni.. Semakin ramai kawan dan semakin banyak ilmu berkaitan moto dan semakin banyak ride or konvoi yang aku dah join.. Rasanya dah berpuluh-puluh event dalam komuniti ni aku dah join.. Daripada yg unofficial hingga lah kepada yang official.. Pengubahsuaian terhadap motosikal aku mula dirancang berdasarkan ilmu yang telah dipelajari.. Baru2 ni aku bru shaja menukar exzos pada motosikal aku iaitu exzos Nob1 3bold.. Itu pn setelah sekian lama mempelajari tentang penggunaan exzos seperti ini.. Sebab bukan semua exzos bleh dipasang ikut ske je.. Ade specification nya jgak.. Exzos dah tercapai.. Ape yang aku sedang target skrg ialah Jaket padding Alpinestar,pad lutut,Footrest Racing X1r,tayar Battlax Bt090,riding boot Alpinestar n design coverset.. Benda2 ni skrg sedang bermain2 dikepala aku.. Ble sume ni dah dapat,aku akan melakukan hobi baru iaitu aktiviti melayan corner.. Syok beb.. Skrg ni pn dah slalu men layan corner tpi tnpe protection yg spatut nye la.. Ble dah dpt benda2 tdi 2 sume,bru protection bertambah.. Men moto ni mmg best.. Mmg x dpt dinafikan.. Lebih best dri men kete.. Serius aku ckp.. Tpi men moto mestilah kena dgn cara nya.. Jgn la join rempit plak.. Ok lah,ini je kot untuk entri kali ini.. K ride with rules.. Please follow the law.. Dont break the law.. Get the ride n keep on rockin.. Yeah!!!

Stock

Stock

Ads