Home

Ads

Google Search powered by SpyMASTER

Tuesday, August 3, 2010

Charity Ride @ Muar [KOM135]

Salam.. Pada entri ini,aku akan kongsikan tentang event yang baru sahaja berlalu pada 31 Julai 2010 yang lalu.. Ini lah event amal KOM135 yang pertama kalau tak silap.. Event ini telah dijayakan oleh 150 org ahli2 KOM135,Yamaha,Jabatan Agama Islam Johor,Polis Diraja Malaysia,pelatih2 kejururawatan dari Kolej Kejururawatan Muar,Belia Explorasi Muar dan juga adik2 dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam (PKAYIM).. Memang aku rasa bangga dapat join event ni.. Rasa seronok je.. Lebih2 lagi masa di rumah anak2 yatim tersebut,rasa gembira bila tengok adik2 kat situ senyum.. Diorang pun memang happening.. Sampaikan diorang tak bagi kami semua balik.. Ok.. Cerita baru sahaja nak bermula..hehe.. Pada 30/7/10,lebih kurang jam 9 malam,kami dari KOM135 Kluang telah berkumpul di Dataran Tasik Kluang.. Selepas kesemuanya sudah ada,kami ber TTS (Teh Tarik Session) di My Friend Cafe di bandar Kluang.. Lebih kurang pukul 11.30 malam,kami beredar dan bersiap2 untuk memulakan ride ke Muar dengan melalui highway.. Kami tiba di Tol Pagoh lebih kurang dalam pukul 1 pagi.. Di Muar plak kami telah tersesat akibat papan tanda yang mengelirukan.. Akhirnya kami mengambil keputusan supaya terus ke bandar Muar.. Di situ kami telah dijemput oleh Bro Feat (Leader KOM135 Muar).. Kami dibawa ke Masjid Tanjung Mas.. Untuk berehat2 di bilik musafir.. Pada pukul 7 pagi,kami telah digegarkan supaya bangun.. Ramai yang telah tewas akibat keletihan yang amat sangat.. Lebih kurang dalam pukul 7.45 pagi,kami semua berkumpul di Dataran Tanjung Mas.. Disitu kawan2 dari KOM135 Zon Tengah,Melaka,Muar,Ledang dan Batu Pahat sudah berkumpul.. Kami bersalam-salaman, diberi taklimat dan dibawa ke Taman Siantan untuk melakukan aktiviti yang pertama.. Tidak lama selepas kami tiba,2 buah bas yang membawa pelatih jururawat dari Kolej Kejururawatan Muar pun tiba.. Kegembiraan di wajah rakan2 KOM135 jelas terpancar.. hahaha.. Aktiviti pada pagi itu dimulakan dengan sedikit senaman pagi.. haha.. Aku tak buat pun.. Aku tengok je..huhu.. Selepas itu gotong royong dimulakan,setelah semua group siap bergotong royong.. Kami semua meneruskan perjalanan pula ke Masjid At-Taqwa.. Disitu kami bergotong royong lagi membersihkan masjid tersebut.. Dan sedikit cenderamata diberikan kepada Imam masjid tersebut... Kemudian kami menuju pula ke Tanah perkuburan Islam (nama tempatnya terlupa),disitu kami juga bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan tersebut dan mengecat batu2 nisan yang telah lusuh warnanya.. Selepas itu kami menuju pula ke Asrama puteri PKAYIM,disini tak banyak yang kami boleh buat kerana kawasan tersebut telah dibersihkan.. Apa yang dilakukan disitu hanya lah beramah mesra dengan adik2 disitu,beriadah dan aktiviti bergambar.. Kami juga telah mengumpul sedikit sumbangan yang tidak seberapa untuk di berikan kepada rumah anak yatim tersebut.. Walaupun tak banyak mana,sedikit sebanyak boleh membantu mereka.. Kami bergerak pulang dari rumah tersebut pada lebih kurang 6.45 petang dan menuju ke Masjid Tanjung Mas untuk aktiviti seterusnya.. Tapi kami semua terpaksa pulang awal selepas maghrib disebabkan hal2 tertentu.. Selepas itu kami menuju ke lebuhraya Plus untuk pulang ke Kluang.. Dalam perjalanan pulang,kami singgah berehat sebentar di Perhentian Pagoh..Kami tiba di Kluang lebih kurang pukul 11.40 mlm dan singgah minum2 sebentar di MyFriend Cafe sebelum pulang ke rumah masing2...















Yeah.. I win!!!

Salam to all readers.. Sudah lama aku tak mengupdate blog ni.. Maklum la busy sikit.. Semakin banyak kerja yang menimbun.. Sampaikan nak mengadap laptop pun tak sempat.. Sebenarnya entri ni ditujukan kepada Ms Green yang telah menganjurkan contest Hijau.. Aku saja cuba2 nasib try dan tak sangka dipilih sebagai pemenang.. Hadiah yang diberikan sangat2 besar bagi aku.. Sedikit sebanyak dapat gak menambah duit poket aku.. Dan disini juga aku mengucapkan tahniah kepada pemenang yang lain.. To Ms Green,really thanks k.. Semoga murah rezeki dan buat lagi contest2 macam ni lagi.. hehe

Ads