Home

Ads

Google Search powered by SpyMASTER

Wednesday, August 3, 2011

Cuci-Cuci Mata Di Cameron Highlands

Yezza. Untuk kali ke-empat nya aku datang ke Cameron Highlands. Antara tempat dimana korang boleh merasa kedinginan udara yang agak sejuk2 ayam. Hahaha. Ada ke ayat macam tu. Sejuk tu memang sejuk tapi takde la sejuk sangat. Apa2 pun tempat ni memang best. Lagi2 kalau korang nak tenangkan fikiran. Pemandangan pun masyuk je. Untuk kali yang ke-empat ni,aku ke cameron bersama rakan2 dari kelab permotoran aku la. Konvoi. Kami bertolak pada 15 julai dan pulang pada 17 julai 2011. Dengan bermacam-macam ragam. Dan pelbagai dugaan berlaku,namun itu semua tidak mematahkan semangat kami semua. Apa2 pun ride ni memang terbaik. Syok abis. Korang layan je la video yang aku share kat bawah ni.

Saturday, July 2, 2011

Ride To Desaru

Setelah sekian lama tidak menaip entri2 baru,aku rasa agak janggal gak la. Hahaha. Tapi takpela,aku slow2 kayuh. Entri kali ini,aku nak bercerita pasal aku punya ride ke desaru bersama-sama 2 lagi rakan aku. haha. Tujuan ride ni sebenarnya bukan mahu bersantai apatah lagi mencuci mata. Kitorang ke desaru untuk menghadiri Kursus Teknikal Sukan Bermotor Negeri Johor. Under Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor. Kitorang berada di sini selama 3 hari dari 24 Jun hingga 26 Jun 2011. Perjalanan dimulakan dari Kluang lebih kurang pukul 11 pagi dan tiba di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Dan Udara Desaru pada lebih kurang pukul 4 petang. Siap berhujan lagi. Almaklum la bermotosikal.hehe. Ok,Setibanya di kompleks tersebut,kitorang memang terpegun sekejap. Tengok dari luar je dah nampak tempat ni best. Belum masuk dalam lagi. Kompleks ini betul2 berada di tepi laut. So,pemandangan nya memang menarik. Kat dalam kompleks ni ada macam2. Swimming pool pun ada. Bilik pun selesa. Sekarang mau cite plak apa yang kitorang buat kat sini.

Hari Pertama (24 Jun 2011)
Lebih kurang pukul 4 ptg : Melapor diri di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru
5 ptg : Bersiar-siar di Bandar Penawar. Lepak minum sambil usha2 kedai makan mana kitorang boleh tengok maharajalawak final malamnya nanti.
8 mlm : Taklimat pengenalan
9.30 mlm : Kitorg kuar lagi ke Bandar Penawar dengan harapan nak tengok Maharajalawak Final tapi malangnya hampeh. Kedai tempat kitorang lepak tu tak langgan plak. Rugi2. Hampa rasanya. hahaha.
11 mlm : Sudah Berada di bilik. Rehat2. Kerana esoknya pasti sangat memenatkan.

Hari Kedua (25 Jun 2011)
9 pagi - 5.30 ptg : Sesi teori mengenai sukan Bermotor
8 mlm : Sesi BBQ sambil bersantai jalan-jalan di tepi pantai. Sempat gak masuk kat Lotus Desaru Resort. Best gile resort tu. Meriah.
12 tghmlm : Time to sleep

Hari ketiga (26 Jun 2011)
8 pagi : Bergerak secara konvoi dengan peserta2 kursus ke Litar Motocross Felda Air Tawar 4 untuk sesi praktikal sukan bermotor.
12 tghri : Sesi penyampaian sijil.
1 ptg : Pulang ke Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru
4 ptg : Bergerak pulang ke Kluang

Itu dia. Sedikit sebanyak yang dapat aku ceritakan. Malas nak taip sampai ke detail. Apa2 pun,kursus bawah KBS ni memang best. Tak rugi join. Bab makan memang tak payah cerita la. Memang keje makan je. hahaha. Yang penting peserta kursus ni dapat 2 sijil, satu sijil kursus oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor dan satu lagi sijil Pegawai Teknikal tahap C oleh MAM ( Motorsport Of Association Malaysia). Selain itu dapat gak kenal2 ngan otai2 dari kelab2 besar di Johor dapat kenal dengan pemandu ralli dan ramai lagi la yang turut menjadi peserta dalam kursus ini. Terima kasih kepada JBS Negeri Johor dan MAM.





Friday, May 6, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


Yezza.. Ini first time aku ikut segmen brader BEN ASHAARI.. Memang terbaik blog brader ni.. Yang kenalkan blog brader ni kat aku kawan aku gak Semut Sengal.. Apa2 pun kalau nak tau lebih lanjut,klik je banner diatas.. Okey..


Wednesday, May 4, 2011

Apa itu Parkour?

Parkour (kadang-kadang disingkatkan kepada PK) atau l'art du d├ęplacement [1] (Melayu: seni pergerakan badan) merupakan aktiviti yang berasal daripada orang Perancis, bertujuan bergerak dari tempat A kepada tempat B dengan secepat dan sepantas mungkin, dengan menggunakan kebolehan badan manusia. [2] Aktiviti ini dilakukan dalam membantu seseorang yang sedang menghadapi kesulitan atau halangan, dimana ia boleh jadi apa saja yang melibatkan persekitaran — dari dahan-dahan dan batu-batu, palang dan dinding konkrit; dan ia boleh berlatih di kawasan luar bandar ataupun bandar. Lelaki yang mempraktikkan parkour dikenali sebagai traceur dan untuk perempuan pula dikenali sebagai traceuse.[3]

David Belle merupakan orang yang mula-mula menemui seni fizikal ini, parkour tertumpu kepada latihan untuk bergerak dengan pantas untuk membina badan dan minda individu agar boleh menghadapi halangan semasa kecemasan. Ia juga adalah satu bentuk hiburan atau hobi masa lapang.


Rujukan dari Buku teks bahasa inggeris.. haha.. silap2.. Wikipedia je sebenarnya..


Jangan lupa tengok video kat bawah ni untuk gambaran yang lebih jelas




haha.. Apa pendapat korang? Syok kan?? Don't try this at home.. Try kat kawasan bandar ye.. Baru boleh uji skill..

Jangan lupa gak tengok kat channel 8TV setiap hari rabu pukul 8.45 malam..


Bersantai bersama brand Apple


haha.. layan je.. Aku taknak iphone.. Aku nak Ipad je.. hahaha.. Esok gi beli la..

Paling menjengkelkan.. Hahaha


First sekali aku rasa konfirm entri aku kali ini mesti kena damn dengan peminat budak ni.. Oh No.. Damn!! Damn!! Tapi takpelah sental aje..

Haha.. Untuk entri ni,aku bukan nak cerita Si budak Hingusan Justin "BIBIR" sebagai agen i.l..lu.m.i.n.a.t.i tapi pasal beberapa budak yang buat flashmob untuk si justin tu kat pavilion. Hahaha.. Dah macam haremmm dah aku dok tengok diorang terkinja-kinja dalam video tu. Boleh kata ramai gak budak melayu yang terlibat. What the hell gurl?? Korang tak malu ke? Korang ingat korang boleh jadi top ke terkinja-kinja kat situ.. Aduhai.. malu beb.. Toksah la nak fanatik sangat kat justin "bibir" tu.. Malu beb.. Malu la.. hahaha.. Korang tengok la sendiri video kat bawah ni.




psst : Anip,jgn marah ye aku masukkan komen kau ngan aku.. Sekadar hiasan sahaja.. hahaha.. Kita kan sama-sama blogger..


Monday, May 2, 2011

Merdeka!!!



Yezza.. Setelah berjuang lebih kurang 3 tahun untuk mendapatkan segulung diploma dalam Diploma Kejuruteraan Elektronik(Kawalan),akhirnya berjaya juga aku menamatkan pengajian di Politeknik Premier Johor Bahru. Tanggal 28 April 2011,hari last aku menduduki peperiksaan akhir disini. Susah senang,suka duka disini memang tidak dapat untuk aku lupa. Pada malam 28 april itu juga,diadakan jamuan perpisahan rakan DJK sesi julai 2008. Walaupun berbasah kerana disimbah air,di lempar tepung,aku terima sahaja tanpa perasaan marah kerana selepas ini rakan-rakan semua akan berpecah ke setiap pelusuk di Malaysia. Rasa sedih untuk aku tinggalkan politeknik JB dan juga rakan-rakan seperjuangan. Namun,perjuangan untuk menempuh alam pekerjaan harus ditempuh pula. Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. Aku rindu korang semua rakan-rakan DJK. Kita berjumpa di majlis reunion nanti. Salah dan silap harap dimaafkan. Good luck kepada semua rakan-rakan.

Friday, March 18, 2011

Kluang PC Expo 2011

Di saat kebosanan yang melampaui batasan dan takde kerja yang nak dibuat,selepas sahaja selesai menunaikan solat jumaat aku bersiap-siap untuk ke PC Expo di Kluang Mall.
Niat di hati bukan nak cari barang komputer tapi nak gi usha DSLR.
Tapi alangkah hampanya hatiku,takde satu pun DSLR dealer yang buka booth kat sini.
Hampeh betul.
Biasanya kalau PC Expo kat Persada,JB , memang banyak dealer DSLR yang buka booth masing-masing seperti Nikon,Sony dan yang lain.
Tapi berlainan rupanya PC Expo di Kluang ni. Kemeriahannya pun tak sama seperti di Persada. Haha. Baru nak sambar sebiji DSLR kalau harga berpatutan.
Takpe la,next time masih ada. D90 oh D90.

Thursday, March 17, 2011

Hujan Radiasi. Oh no!!!


Haha. Sejak kebelakangan ni,aku tengok ramai yang post status kat FB tentang hujan radiasi hasil daripada letupan reaktor nuklear di jepun. OMG. Adakah benar kesahihannya? Sebelum aku kuar meeting dengan rakan-rakan tadi,sempat gak aku tengok buletin utama kat TV3. Radiasi dah mula tersebar di Jepun tetapi dalam kuantiti yang kecil. Pada pendapat aku la,apa yang dirisaukan boleh berlaku gak kerana berdasarkan kajian,kesan radiasi nuklear boleh mencecah sehingga 100 tahun barulah radiasi tersebut hilang dan dunia ini adalah berputar. Radiasi tersebut berlegar-legar di udara. Kemungkinan ia mungkin akan mengikuti pergerakan angin dan hujan. Wah. Siapa yang kena hujan ni boleh jadi wolverine la. Mutan. Apa-apa pun, ini hanya lah teori aku. Kita tunggu sahaja makluman dari para-para saintis dan pihak-pihak berkuasa. Yang penting sediakan payung sebelum hujan. Kang ada yang bermutasi macam X-MEN plak. hahaha


Kegilaan berblogging semula

Yezza. Setelah sekian lama aku tak update blog ni,tiba-tiba pagi ni pada lebih kurang 4.14 am,aku terasa nak update blog aku. Haha. Tiba-tiba je ek. Apa pun x boleh la. Sebenarnya aku baru je siapkan blog kelab motor aku. Yeah. Kelab Belia 135LC Kluang. Sebuah kelab berdaftar ye. Bukan haram punya. Aku tak layan rempit-rempit ni. Say No To Rempit!! Sebenarnya dah lama aku nak tubuhkan kelab ni,sejak dari awal tahun 2010 lagi. Selepas berbulan-bulan perancangan yang akhirnya memakan masa lebih kurang setahun,akhirnya pada tanggal 12 Mac 2011,kelab ini berjaya ditubuhkan dengan jayanya sambil bersaksikan pegawai dari Pejabat Belia Dan Sukan Kluang. Memang terbaik la. Gembiranya aku memang tak terkira la. Puas hati beb. Dah lama aku dengan rakan-rakan rancangkan. Diharapkan dengan tertubuhnya kelab ni,kami dapat melangkah lebih jauh dan dapat membuka mata masyarakat yang bukan semua penunggang motosikal dari kalangan belia adalah mat rempit. So,jangan la salah faham lagi kat kitorg. Tak sanggup nak menerimanya. Azam aku untuk blog peribadi aku ni plak,aku akan cuba update blog ni sekerap mungkin. Insyaallah.

Ads