Home

Ads

Google Search powered by SpyMASTER

Friday, March 18, 2011

Kluang PC Expo 2011

Di saat kebosanan yang melampaui batasan dan takde kerja yang nak dibuat,selepas sahaja selesai menunaikan solat jumaat aku bersiap-siap untuk ke PC Expo di Kluang Mall.
Niat di hati bukan nak cari barang komputer tapi nak gi usha DSLR.
Tapi alangkah hampanya hatiku,takde satu pun DSLR dealer yang buka booth kat sini.
Hampeh betul.
Biasanya kalau PC Expo kat Persada,JB , memang banyak dealer DSLR yang buka booth masing-masing seperti Nikon,Sony dan yang lain.
Tapi berlainan rupanya PC Expo di Kluang ni. Kemeriahannya pun tak sama seperti di Persada. Haha. Baru nak sambar sebiji DSLR kalau harga berpatutan.
Takpe la,next time masih ada. D90 oh D90.

Thursday, March 17, 2011

Hujan Radiasi. Oh no!!!


Haha. Sejak kebelakangan ni,aku tengok ramai yang post status kat FB tentang hujan radiasi hasil daripada letupan reaktor nuklear di jepun. OMG. Adakah benar kesahihannya? Sebelum aku kuar meeting dengan rakan-rakan tadi,sempat gak aku tengok buletin utama kat TV3. Radiasi dah mula tersebar di Jepun tetapi dalam kuantiti yang kecil. Pada pendapat aku la,apa yang dirisaukan boleh berlaku gak kerana berdasarkan kajian,kesan radiasi nuklear boleh mencecah sehingga 100 tahun barulah radiasi tersebut hilang dan dunia ini adalah berputar. Radiasi tersebut berlegar-legar di udara. Kemungkinan ia mungkin akan mengikuti pergerakan angin dan hujan. Wah. Siapa yang kena hujan ni boleh jadi wolverine la. Mutan. Apa-apa pun, ini hanya lah teori aku. Kita tunggu sahaja makluman dari para-para saintis dan pihak-pihak berkuasa. Yang penting sediakan payung sebelum hujan. Kang ada yang bermutasi macam X-MEN plak. hahaha


Kegilaan berblogging semula

Yezza. Setelah sekian lama aku tak update blog ni,tiba-tiba pagi ni pada lebih kurang 4.14 am,aku terasa nak update blog aku. Haha. Tiba-tiba je ek. Apa pun x boleh la. Sebenarnya aku baru je siapkan blog kelab motor aku. Yeah. Kelab Belia 135LC Kluang. Sebuah kelab berdaftar ye. Bukan haram punya. Aku tak layan rempit-rempit ni. Say No To Rempit!! Sebenarnya dah lama aku nak tubuhkan kelab ni,sejak dari awal tahun 2010 lagi. Selepas berbulan-bulan perancangan yang akhirnya memakan masa lebih kurang setahun,akhirnya pada tanggal 12 Mac 2011,kelab ini berjaya ditubuhkan dengan jayanya sambil bersaksikan pegawai dari Pejabat Belia Dan Sukan Kluang. Memang terbaik la. Gembiranya aku memang tak terkira la. Puas hati beb. Dah lama aku dengan rakan-rakan rancangkan. Diharapkan dengan tertubuhnya kelab ni,kami dapat melangkah lebih jauh dan dapat membuka mata masyarakat yang bukan semua penunggang motosikal dari kalangan belia adalah mat rempit. So,jangan la salah faham lagi kat kitorg. Tak sanggup nak menerimanya. Azam aku untuk blog peribadi aku ni plak,aku akan cuba update blog ni sekerap mungkin. Insyaallah.

Ads