Home

Ads

Google Search powered by SpyMASTER

Wednesday, December 11, 2013

RIDE Journal | Ride bebai Menakluk Penghujung Benua Asia

Pada 24 Mac 2012, ianya sebuah hari minggu biasa yg sama seperti hari-hari minggu yang lain. Seperti biasa aku akan duduk di ruang tamu menonton rancangan di televisyen. Lebih kurang pukul 11.30 pagi ketika aku sedang duduk mengelamun di hadapan televisyen, terlintas di fikiran aku untuk ride ke Penghujung Benua Asia iaitu Tanjung Piai bersama rakan-rakan KLOC aku. Tanpa membuang masa, terus aku capai handphone di sebelah ku dan mula mendail no. telefon rakan-rakan yang lain. Dan hasilnya beberapa rakan setuju untuk ride tersebut dan RV point di tetapkan di Petronas Jalan Mengkibol, Kluang pada pukul 12 tengahari. Masa untuk bersiap-siap ada lebih kurang 15 minit. Selepas semuanya telah sampai di RV Point yang telah ditetapkan, kami terus memulakan ride dengan menyusuri Jalan Mengkibol dan terus menghala ke Simpang Renggam. Sebaik sahaja tiba di Simpang Renggam, aku menelefon seorang lagi rakan LCian dari JBCrew 135LC iaitu Buyung untuk memaklumkan mengenai ride tersebut dan beliau bersetuju untuk mengikuti ride ini dan akan menunggu di Tg. Piai. Dari Simpang Renggam kami melalui Benut dan terus ke Tg. Piai.

Setibanya kami di Tg. Piai, wajah-wajah ceria jelas terpampang di setiap wajah rakan-rakan KLOC yang mengikuti ride ini. Manakan tidak, perancangan ride bebai ini dirancang saat akhir tanpa sebarang perancangan yang rapi. Ianya cuma sekadar satu ride koboi sahaja. Memandangkan rakan dari JBCrew masih belum tiba, kami mengambil keputusan untuk masuk dahulu kedalam. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam kawasan tersebut hanya RM5 sahaja. Bayaran tersebut murah dan berbaloi untuk menikmati kemudahan laluan untuk menyusuri kawasan paya bakau disitu. Setiap peluang untuk kami bergambar tidak di sia-siakan. Asal ada peluang dan menarik sahaja mesti kami akan bergambar. Sedang leka menikmati keindahan alam, aku menerima panggilan dari Buyung yang memaklumkan beliau baru sahaja tiba. Rupa-rupanya beliau bukan datang berseorangan, beliau turut ditemani beberapa orang rakan JB Crew yg lain. Kami menyambut mereka dengan penuh senyuman kerana mereka sanggup untuk datang ke Tg. Piai untuk bersama-sama dengan kami. Kemudian beberapa gambar diambil bersama semua rakan-rakan tersebut untuk dirakamkan sebagai kenangan manis ride tersebut. Setelah puas meronda di sana, kami bergerak ke sebuah kedai makan di Bandar Pontian untuk menikmati minum petang sebelum pulang ke Kluang semula. Alhamdulillah semuanya tiba dengan selamat di Kluang. Segala kenangan semasa ride ini akan menjadi sebuah kenangan manis di kalangan kami semua sampai bila-bila.







1 comment:

Anonymous said...

Hey there! This is my first comment here so I just wanted to give a quick
shout out and tell you I truly enjoy reading through your blog posts.
Can you recommend any other blogs/websites/forums that go over the same subjects?
Thanks a lot!

Visit my web-site; Las Vegas Microwave Service

Ads