Home

Ads

Google Search powered by SpyMASTER

Wednesday, December 11, 2013

TRAVEL Journal | Cruisin' To Singapore

Sebagai seorang perantau yang bekerja di Johor Bahru, rasanya tidak sah bagi aku kalau tidak mengambil peluang untuk mengintai negara jiran iaitu Singapura yang hanya bersebelahan dengan Johor Bahru. Pada pagi 7 November 2013, aku telah menduduki satu peperiksaan untuk memasuki skim perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara. Peperiksaannya boleh tahan gak susahnya. Apa-apa pun aku berharap dapat pergi ke stage seterusnya. Harap kawan-kawan dapat doakan aku berjaya untuk mendapatkan jawatan tersebut. Berbalik pada tajuk diatas, pada tarikh yang sama iaitu sebaik sahaja tamat peperiksaan tersebut aku mengambil keputusan untuk menemani dua orang rakan untuk ke Singapura. Memandangkan kami ini adalah bikers, sudah tentu tujuan kesana adalah untuk mencari aksesori atau barang-barang yang berkait dengan motosikal. Alhamdulillah, jalan agak lengang berbanding trip kami yang lepas. So, banyak masa yang dapat kami jimatkan semasa di kompleks kastam dan imigresen Malaysia dan Singapura. Sebaik sahaja melepasi pemeriksaan, kami terus menuju ke sebuah kawasan bernama Kaki Bukit dengan berpandukan GPS. Sebaik tiba disana, alangkah kecewanya apabila kedai yang ingin dituju itu tutup. Rupanya kedai tersebut hanya beroperasi sehingga pukul 3 petang sahaja pada hari Sabtu. Kekecewaan kami tidak berpanjangan kerana mengenangkan ada sebuah lagi kedai aksesori motosikal berdekatan kawasan itu. Haluan terus diubah menuju ke kedai tersebut. Sebaik sahaja memasuki kedai tersebut, hanya perkataan 'Wow' yang terkeluar dari mulut. Seperti sebuah syurga bagi bikers, begitu banyak aksesori motosikal disitu. Aku cuma hanya mampu melihat dan membelek sahaja kerana tiada niat pun untuk membeli sesuatu buat masa itu. Cuma rakan aku sahaja yang dapat hasil. Lain yang dicari, lain yang dibeli. Tapi takpa. Biarpun urusniaga dalam dollar tetapi harganya masih rendah. Setelah selesai, kami bercadang untuk menikmati makan malam di Simpang Bedok sebelum membuat keputusan untuk destinasi seterusnya samaada balik ke Johor atau bersiar-siar di tempat-tempat menarik di dalam Singapura. Memandangkan yang waktu masih lagi awal, kami sepakat untuk bersiar-siar. Pemandangan kotarayanya sangat menarik. Memang terasa betul-betul berada di negara orang. Kemudiannya kami terus menuju ke Marina Barrage. Terus terang aku katakan, pemandangan kotaraya singapura dari kawasan tersebut sangat-sangat cantik. Kami banyak menghabiskan masa disitu untuk bergambar. Bagi seorang photographer, memang terasa puas dapat mengambil gambar tempat yang cantik seperti itu. Lebih kurang pukul 1 pagi, kami mengambil keputusan untuk pulang ke Johor memandangkan pada keesokkannya aku ada ride bersama rakan-rakan Lcian. Yang pasti, aku akan kembali ke sana semula nanti.



















No comments:

Ads