Home

Ads

Google Search powered by SpyMASTER

Wednesday, December 11, 2013

TRAVEL Journal | Cruisin' To Singapore

Sebagai seorang perantau yang bekerja di Johor Bahru, rasanya tidak sah bagi aku kalau tidak mengambil peluang untuk mengintai negara jiran iaitu Singapura yang hanya bersebelahan dengan Johor Bahru. Pada pagi 7 November 2013, aku telah menduduki satu peperiksaan untuk memasuki skim perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara. Peperiksaannya boleh tahan gak susahnya. Apa-apa pun aku berharap dapat pergi ke stage seterusnya. Harap kawan-kawan dapat doakan aku berjaya untuk mendapatkan jawatan tersebut. Berbalik pada tajuk diatas, pada tarikh yang sama iaitu sebaik sahaja tamat peperiksaan tersebut aku mengambil keputusan untuk menemani dua orang rakan untuk ke Singapura. Memandangkan kami ini adalah bikers, sudah tentu tujuan kesana adalah untuk mencari aksesori atau barang-barang yang berkait dengan motosikal. Alhamdulillah, jalan agak lengang berbanding trip kami yang lepas. So, banyak masa yang dapat kami jimatkan semasa di kompleks kastam dan imigresen Malaysia dan Singapura. Sebaik sahaja melepasi pemeriksaan, kami terus menuju ke sebuah kawasan bernama Kaki Bukit dengan berpandukan GPS. Sebaik tiba disana, alangkah kecewanya apabila kedai yang ingin dituju itu tutup. Rupanya kedai tersebut hanya beroperasi sehingga pukul 3 petang sahaja pada hari Sabtu. Kekecewaan kami tidak berpanjangan kerana mengenangkan ada sebuah lagi kedai aksesori motosikal berdekatan kawasan itu. Haluan terus diubah menuju ke kedai tersebut. Sebaik sahaja memasuki kedai tersebut, hanya perkataan 'Wow' yang terkeluar dari mulut. Seperti sebuah syurga bagi bikers, begitu banyak aksesori motosikal disitu. Aku cuma hanya mampu melihat dan membelek sahaja kerana tiada niat pun untuk membeli sesuatu buat masa itu. Cuma rakan aku sahaja yang dapat hasil. Lain yang dicari, lain yang dibeli. Tapi takpa. Biarpun urusniaga dalam dollar tetapi harganya masih rendah. Setelah selesai, kami bercadang untuk menikmati makan malam di Simpang Bedok sebelum membuat keputusan untuk destinasi seterusnya samaada balik ke Johor atau bersiar-siar di tempat-tempat menarik di dalam Singapura. Memandangkan yang waktu masih lagi awal, kami sepakat untuk bersiar-siar. Pemandangan kotarayanya sangat menarik. Memang terasa betul-betul berada di negara orang. Kemudiannya kami terus menuju ke Marina Barrage. Terus terang aku katakan, pemandangan kotaraya singapura dari kawasan tersebut sangat-sangat cantik. Kami banyak menghabiskan masa disitu untuk bergambar. Bagi seorang photographer, memang terasa puas dapat mengambil gambar tempat yang cantik seperti itu. Lebih kurang pukul 1 pagi, kami mengambil keputusan untuk pulang ke Johor memandangkan pada keesokkannya aku ada ride bersama rakan-rakan Lcian. Yang pasti, aku akan kembali ke sana semula nanti.



















RIDE Journal | Ride bebai Menakluk Penghujung Benua Asia

Pada 24 Mac 2012, ianya sebuah hari minggu biasa yg sama seperti hari-hari minggu yang lain. Seperti biasa aku akan duduk di ruang tamu menonton rancangan di televisyen. Lebih kurang pukul 11.30 pagi ketika aku sedang duduk mengelamun di hadapan televisyen, terlintas di fikiran aku untuk ride ke Penghujung Benua Asia iaitu Tanjung Piai bersama rakan-rakan KLOC aku. Tanpa membuang masa, terus aku capai handphone di sebelah ku dan mula mendail no. telefon rakan-rakan yang lain. Dan hasilnya beberapa rakan setuju untuk ride tersebut dan RV point di tetapkan di Petronas Jalan Mengkibol, Kluang pada pukul 12 tengahari. Masa untuk bersiap-siap ada lebih kurang 15 minit. Selepas semuanya telah sampai di RV Point yang telah ditetapkan, kami terus memulakan ride dengan menyusuri Jalan Mengkibol dan terus menghala ke Simpang Renggam. Sebaik sahaja tiba di Simpang Renggam, aku menelefon seorang lagi rakan LCian dari JBCrew 135LC iaitu Buyung untuk memaklumkan mengenai ride tersebut dan beliau bersetuju untuk mengikuti ride ini dan akan menunggu di Tg. Piai. Dari Simpang Renggam kami melalui Benut dan terus ke Tg. Piai.

Setibanya kami di Tg. Piai, wajah-wajah ceria jelas terpampang di setiap wajah rakan-rakan KLOC yang mengikuti ride ini. Manakan tidak, perancangan ride bebai ini dirancang saat akhir tanpa sebarang perancangan yang rapi. Ianya cuma sekadar satu ride koboi sahaja. Memandangkan rakan dari JBCrew masih belum tiba, kami mengambil keputusan untuk masuk dahulu kedalam. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam kawasan tersebut hanya RM5 sahaja. Bayaran tersebut murah dan berbaloi untuk menikmati kemudahan laluan untuk menyusuri kawasan paya bakau disitu. Setiap peluang untuk kami bergambar tidak di sia-siakan. Asal ada peluang dan menarik sahaja mesti kami akan bergambar. Sedang leka menikmati keindahan alam, aku menerima panggilan dari Buyung yang memaklumkan beliau baru sahaja tiba. Rupa-rupanya beliau bukan datang berseorangan, beliau turut ditemani beberapa orang rakan JB Crew yg lain. Kami menyambut mereka dengan penuh senyuman kerana mereka sanggup untuk datang ke Tg. Piai untuk bersama-sama dengan kami. Kemudian beberapa gambar diambil bersama semua rakan-rakan tersebut untuk dirakamkan sebagai kenangan manis ride tersebut. Setelah puas meronda di sana, kami bergerak ke sebuah kedai makan di Bandar Pontian untuk menikmati minum petang sebelum pulang ke Kluang semula. Alhamdulillah semuanya tiba dengan selamat di Kluang. Segala kenangan semasa ride ini akan menjadi sebuah kenangan manis di kalangan kami semua sampai bila-bila.







Tuesday, April 30, 2013

Kari Kambing 40 Hari ??

Anda peminat tegar daging kambing? Sekali sekala makan daging kambing? 

Meh singgah bersarapan di Kari Kambing 40 Hari.

Kedai ini terletak Yong Peng, Johor dimana keistimewaannya adalah kari kambingnya yg sangat sedap. Kedai ini bukan menyajikan itu sahaja, malah menu-menu sarapan yang menjadi kebiasaan rakyat Malaysia pun ada. Jadi pada yang tak makan daging kambing tu, boleh la try menu lain. Pada beberapa minggu yang lepas, aku berkesempatan untuk 'breakfast ride' ke sini bersama rakan-rakan Kluang 135LC Owner Club. Bagai memberi peluang kepada kami, ngam-ngam ada sebuah table kosong untuk kami duduk. Memang penuh kedai ni. Pengunjung datang silih berganti tanpa henti. Murah rezeki tuan punya kedai. Dengan perut yg agak lapar dan tak sabar nak rasa kari kambing disini, aku memesan 2 keping roti canai beserta kari kambing dan Milo tarik. Sementara menunggu makanan yang kami pesan sampai, sempat la kami berfacebook, berwhatsapp dan instagram. Masing-masing sibuk mengupdate tentang kari kambing 40 hari ini untuk di kongsi dengan rakan-rakan lain. Penantian kami tidak terlalu lama. Sekejap je makanan yang kami pesan tiba. Mataku terus melihat kari kambing yang dihidangkan. Karinya nampak pekat. Lantas aku terus menghirup kuahnya. Memang sedap. Betul apa yang diperkatakan. Aku siap membuat pesanan kedua. Sebungkus kari kambing untuk di bawa pulang untuk family ku. Tak sia-sia aku ride di pagi weekend tersebut dari Kluang ke Yong Peng semata-mata nak ke sini. Thumbs up utk tuan kedai. 

Nampak menyelerakan? hehe. Tu dia kari kambing. Dalam mangkuk tu.

Bersama rakan-rakan Kluang 135LC Owner Club. Dari kiri : Ipin, Din, Din's Wife, Fariz dan Da'i

Pinjam gambar dari fb tuan punya kedai. Terlupa nak snap gambar signboard kedai ni.




Rasanya itu sahaja yang dapat dikongsi. Kalau nak rasa, boleh la dtg ke sini. Tak rugi. Jom makan kambing!!

Alamat kedai tersebut : 
215, Kg. Hj. Ghaffar, Bt 5 1/2, Jln Yong Peng
No. tel : 014-637 2243


Wednesday, September 19, 2012

I'm back. Back again. Yeahaaaa!!!



Assalamualaikum. Ya. I'm back. Bak kata Arnold "Susah nak eja". Alhamdulillah. Setelah sekian lama menyepikan diri dalam dunia blogger, akhirnya dah sampai masa untuk aku comeback semula. Rasanya aku dah ready untuk bermula dari awal semula. 'Rebranding' kata omputih. hehe. Kalau ikut plan asal, aku nak comeback dlm bulan ogos ritu. Tapi atas sebab-sebab tertentu, terpaksa postpone. Ok, cite banyak sangat pun tak guna. Let me introduce. Ehemmm. Penjenamaan semula blog ini. Selepas ni, aku akan banyak bercerita ttg main theme blog ni seperti motosikal, pelancongan, fotografi, graphic design and others. 

Motosikal : Aktiviti Konvoi, Event motosikal, tips ttg motosikal dan lain-lain yg berkaitan dgnnya.
Pelancongan : Sudah tentu mengenai tempat-tempat pelancongan yang menarik yg mungkin akan aku jelajahi ataupun melalui pengalaman org lain.
Fotografi : DSLR, teknik-teknik fotografi, info terbaru dan lain-lain yg berkaitan
Graphic Design : Dalam ni aku akan banyak bercerita tentang tutorial dan editing.


Ok itu saja entri aku utk kali ini. Hope aku dapat stay utk mengaktifkan diri dlm berblogging. Thanks pada yg masih support aku. 

p/s : Header dan background juga telah aku tukar kpd yg baru sebagai nafas baru blog ini. Yezza!

Wednesday, August 3, 2011

Cuci-Cuci Mata Di Cameron Highlands

Yezza. Untuk kali ke-empat nya aku datang ke Cameron Highlands. Antara tempat dimana korang boleh merasa kedinginan udara yang agak sejuk2 ayam. Hahaha. Ada ke ayat macam tu. Sejuk tu memang sejuk tapi takde la sejuk sangat. Apa2 pun tempat ni memang best. Lagi2 kalau korang nak tenangkan fikiran. Pemandangan pun masyuk je. Untuk kali yang ke-empat ni,aku ke cameron bersama rakan2 dari kelab permotoran aku la. Konvoi. Kami bertolak pada 15 julai dan pulang pada 17 julai 2011. Dengan bermacam-macam ragam. Dan pelbagai dugaan berlaku,namun itu semua tidak mematahkan semangat kami semua. Apa2 pun ride ni memang terbaik. Syok abis. Korang layan je la video yang aku share kat bawah ni.

Saturday, July 2, 2011

Ride To Desaru

Setelah sekian lama tidak menaip entri2 baru,aku rasa agak janggal gak la. Hahaha. Tapi takpela,aku slow2 kayuh. Entri kali ini,aku nak bercerita pasal aku punya ride ke desaru bersama-sama 2 lagi rakan aku. haha. Tujuan ride ni sebenarnya bukan mahu bersantai apatah lagi mencuci mata. Kitorang ke desaru untuk menghadiri Kursus Teknikal Sukan Bermotor Negeri Johor. Under Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor. Kitorang berada di sini selama 3 hari dari 24 Jun hingga 26 Jun 2011. Perjalanan dimulakan dari Kluang lebih kurang pukul 11 pagi dan tiba di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Dan Udara Desaru pada lebih kurang pukul 4 petang. Siap berhujan lagi. Almaklum la bermotosikal.hehe. Ok,Setibanya di kompleks tersebut,kitorang memang terpegun sekejap. Tengok dari luar je dah nampak tempat ni best. Belum masuk dalam lagi. Kompleks ini betul2 berada di tepi laut. So,pemandangan nya memang menarik. Kat dalam kompleks ni ada macam2. Swimming pool pun ada. Bilik pun selesa. Sekarang mau cite plak apa yang kitorang buat kat sini.

Hari Pertama (24 Jun 2011)
Lebih kurang pukul 4 ptg : Melapor diri di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru
5 ptg : Bersiar-siar di Bandar Penawar. Lepak minum sambil usha2 kedai makan mana kitorang boleh tengok maharajalawak final malamnya nanti.
8 mlm : Taklimat pengenalan
9.30 mlm : Kitorg kuar lagi ke Bandar Penawar dengan harapan nak tengok Maharajalawak Final tapi malangnya hampeh. Kedai tempat kitorang lepak tu tak langgan plak. Rugi2. Hampa rasanya. hahaha.
11 mlm : Sudah Berada di bilik. Rehat2. Kerana esoknya pasti sangat memenatkan.

Hari Kedua (25 Jun 2011)
9 pagi - 5.30 ptg : Sesi teori mengenai sukan Bermotor
8 mlm : Sesi BBQ sambil bersantai jalan-jalan di tepi pantai. Sempat gak masuk kat Lotus Desaru Resort. Best gile resort tu. Meriah.
12 tghmlm : Time to sleep

Hari ketiga (26 Jun 2011)
8 pagi : Bergerak secara konvoi dengan peserta2 kursus ke Litar Motocross Felda Air Tawar 4 untuk sesi praktikal sukan bermotor.
12 tghri : Sesi penyampaian sijil.
1 ptg : Pulang ke Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru
4 ptg : Bergerak pulang ke Kluang

Itu dia. Sedikit sebanyak yang dapat aku ceritakan. Malas nak taip sampai ke detail. Apa2 pun,kursus bawah KBS ni memang best. Tak rugi join. Bab makan memang tak payah cerita la. Memang keje makan je. hahaha. Yang penting peserta kursus ni dapat 2 sijil, satu sijil kursus oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor dan satu lagi sijil Pegawai Teknikal tahap C oleh MAM ( Motorsport Of Association Malaysia). Selain itu dapat gak kenal2 ngan otai2 dari kelab2 besar di Johor dapat kenal dengan pemandu ralli dan ramai lagi la yang turut menjadi peserta dalam kursus ini. Terima kasih kepada JBS Negeri Johor dan MAM.





Friday, May 6, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


Yezza.. Ini first time aku ikut segmen brader BEN ASHAARI.. Memang terbaik blog brader ni.. Yang kenalkan blog brader ni kat aku kawan aku gak Semut Sengal.. Apa2 pun kalau nak tau lebih lanjut,klik je banner diatas.. Okey..


Ads